PERUTUSAN


PERUTUSAN PEGAWAI EKSEKUTIF MD TONGOD

PERUTUSAN PEGAWAI EKSEKUTIF MD TONGOD

Salam hormat dan selamat melayari Laman Web Majlis Daerah Tongod.

Pada hakikatnya, Tongod adalah daerah yang sedang membangun dari segi kemudahan infrastruktur, fasiliti, peningkatan taraf hidup dan perkembangan sosio-ekonomi.

Dengan wujudnya laman web ini, kami berharap dapat memberi serba sedikit maklumat mengenai daerah Tongod. Walaupun masih agak kekurangan tetapi kami akan sentiasa memperbaikinya dari semasa ke semasa dan cuba untuk memenuhi keperluan maklumat yang diperlukan.

Kami sentiasa mengalu-alukan sebarang komen atau cadangan dari semua untuk memperbaiki laman web ini.

Dalam kesempatan ini, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua yang terlibat di atas usaha dan komitmen dalam membina laman web ini.

Selamat melayari laman web Majlis Daerah Tongod

Sekian terima kasih.


"𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜"

"𝗕𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗡𝗘𝗚𝗔𝗥𝗔"


JOHANIS MUALAS N32
PEGAWAI EKSEKUTIF MD TONGOD